Puteri Selangor teruskan agenda perkasakan perjuangan yang selaras dengan hasrat kerajaan untuk mendahulukan rakyat

SHAH ALAM – Pergerakan Puteri Umno Selangor akan meneruskan agenda bagi memperkasakan perjuangan yang dibawa selaras dengan hasrat kerajaan untuk mendahulukan rakyat.
Ketuanya Salbiah Saari berkata, antara pendekatan yang akan dibawa bagi merealisasikan hasrat kerajaan itu adalah dengan memantapkan jentera bagi menghadapi pilihan raya.

“Pergerakan Puteri Umno khususnya di negeri Selangor ini akan meneruskan agenda kerajaan dalam wadah perjuangannya.
“Antara pendekatan utama yang akan diberi penekanan oleh Pergerakan Puteri adalah dengan memantapkan lagi gerakan jentera di peringkat Parlimen, Deewan Undangan Negeri (DUN) dan Pusat Daerah Mengundi (PDM),” katanya.
Menurut beliau, selain memantapkan gerakan jentera di kawasan terbabit, kempen untuk keahlian dan juga daftar pemilih juga akan dipergiat.“Antara pendekatan utama yang akan diberi penekanan oleh Pergerakan Puteri adalah dengan memantapkan lagi gerakan jentera di peringkat Parlimen, Deewan Undangan Negeri (DUN) dan Pusat Daerah Mengundi (PDM),” katanya.
“Ini bagi memastikan setiap warga khususnya di Selangor ini menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pemilih serta membuat pilihan yang tepat pada pilihan raya nanti.
“Dalam masa yang sama, kita turut akan meneruskan proram-program bagi mendekati golongan wanita muda serta golongan yang kurang berkemampuan,” ujarnya.
Katanya, pendekatan untuk mendekati golongan ini adalah bagi memastikan mereka tidak disisihkan daripada masyarakat dan nasib golongan wanita khususnya terus terbela.
Dalam pada itu katanya, Pergerakan Puteri juga sudah melakukan persiapan untuk menghadapi Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2016.
“Antara isu yang akan diberi penekanan pada perhimpunan kali ini adalah isu pendidikan. Ini bagi memastikan setiap lapisan masyarakat akan mendapat kualiti pendidikan yang sempurna selaras dengan hasrat kerajaan yang menjadikan pendidikan antara agenda utama untuk rakyat,” katanya.

sumber:selangorpost

Popular posts from this blog

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016

CERGASKAN DIRIMU DI HARI SUKAN NEGARA 2016