"Rumah Kita" - Haryaty Hamdzah -


 
Haryaty Hamdzah bersama dengan Pengasas Rumah Kita

Rumah perlindungan bagi wanita terpilih. Alhamdulillah diberi keizinan Allah SWT untuk berkesempatan mengenali Rumah Kita dan warganya kira-kira jam 4.30 petang tadi (18 Okt). Rakan-rakan yang turut serta melawat juga teruja untuk mengambil peduli akan nasib rakan sebaya.

Statistik peningkatan kadar bayi luar nikah amat membimbangkan. Statistik yang dikeluarkan oleh JPN baru-baru ini iaitu seramai 140 orang bayi luar nikah lahir setiap hari oleh ibu yang beragama Islam, ia membawa kepada sebanyak 159,725 orang bayi luar nikah lahir sejak 2013 lagi. Peningkatan kadar ini menunjukkan peningkatan kadar gejala sosial dan aktiviti seksual yang tidak dapat dibendung.
Insaf dan kecewanya saya mendengar cerita adik "X" tentang bagaimana dia dirogol oleh 2 orang abang kandung dan seorang abang ipar. Berkecamuk perasaan mendengar. Ada juga yang "suka sama suka" tetapi cinta terhalang oleh keluarga dan lain-lain. Setiap seorang ada cerita mereka.
Kurang kesedarankah mereka? Jahil agamakah? Sistem silah? Kehidupan tertekan?.Walaupun banyak juga persoalan dibenak fikiran ini, tetapi sebenarnya setiap kita harus memainkan peranan. Masyarakat harus terus mendekati kelompok ini, membantu merungkai permasalahan, meningkatkan kesedaran, memberikan keyakinan bahawa masih ada harapan dan sinar gemilang buat mereka yang berlajar daripada kesilapan.

 
Puteri Prihatin

Buat warga RK, usah terlalu khuatir tentang masa depan anda, orang yang hebat juga ada melakukan kesilapan perbaiki hubungan dengan Sang Pencipta, insyaAllah diri akan terpelihara.
Buat sis Vimmi Yasmin & rakan-rakannya, saya kagum dengan jiwa dan semangat besar anda! Semoga segala usaha memelihara ummah ini diberkati olehNya jua. Semoga satu hari nanti saya juga berjaya mewujudkan rumah perlindungan seperti ini! Bukan menggalakkan ramai generasi tidak sah taraf, sebaliknya memberikan mereka perlindungan bagi meneruskan saki baki kehidupan...
Puteri UMNO akan membantu merealisasikan sebuah lagi RUMAH KITA 2 nanti. InsyaAllah...
Hmmm.. akhir sekali saya berpendapat, permudahkan perkahwinan! Halal itu lebih baik...
Salam Prihatin,
Haryaty Hamdzah
1.03 am / 19 Oktober 2016


sumber:Facebook Haryaty Hamdzah

Popular posts from this blog

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016

Ulangtahun Ke-15 Tahun Pergerakan Puteri UMNO Malaysia