PENTING: Amaran Angin Kencang Dan Laut Bergelora Hingga Khamis

KUALA LUMPUR: Angin kencang barat daya berkelajuan 40 hingga 50km sejam (kmsj) dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5m dijangka berlaku di kawasan perairan Phuket, Reef North, Layang-Layang dan Palawan sehingga Khamis ini.

Image result for angin kencang laut bergelora
(gambar hiasan)

Jabatan Meteorologi dalam kenyataan berkata keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

Sementara itu, angin kencang barat daya berkelajuan 40 hingga 50km sejam (kmsj) turut dijangka berlaku di kawasan perairan Selat Melaka Utara, Condore, Sulu dan Labuan dengan ombak mencapai 3.5m.

Ini termasuk kawasan perairan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Sarawak iaitu di Rejang, Mukah, Bintulu dan Miri dan di Sabah iaitu di Pedalaman, Pantai Barat, Kudat dan Sandakan.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora itu adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut, menurut kenyataan itu.

Pada masa yang sama, jabatan itu berkata kejadian air pasang besar di kawasan perairan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor dijangka berlarutan sehingga Rabu ini. -BERNAMA

Popular posts from this blog

CERGASKAN DIRIMU DI HARI SUKAN NEGARA 2016

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016