KPDNKK Senarai 18 Barangan Skim Kawalan Harga Sempena Deepavali

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah menyenaraikan 18 jenis barangan di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan sempena Deepavali yang disambut 29 Oktober ini.

Image result for pasaraya barang basah
Skim kawalan harga itu berkuat kuasa selama 14 hari dari 19 Okt hingga 1 Nov. -Gambar Hiasan
Menteri berkenaan Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata skim kawalan harga itu berkuat kuasa selama 14 hari dari 19 Okt hingga 1 Nov.

  1. Ayam Hidup
  2. Ayam Standard
  3. Ayam Super
  4. Telur Ayam Gred A
  5. Telur Ayam Gred B
  6. Telur Ayam Gred C
  7. Daging Kambing Tempatan Bertulang
  8. Daging Paha Kambing Biri Biri Import Bertulang
  9. Daging Paha Kambing Biri Biri Import Tanpa Tulang
  10. Daging Paha Kambing Biri Biri Bertulang
  11. Tomato
  12. Cili Merah
  13. Kelapa Biji
  14. Kelapa Parut
  15. Bawang Merah Kecil (India)
  16. Bawang Besar Import
  17. Ubi Kentang (China)
  18. Kacang Dal  (Australia)
Beliau berkata harga berkenaan ditetapkan berdasarkan pemantauan harga di semua daerah di seluruh negara sepanjang 2015, pandangan pelbagai agensi kerajaan dan perbincangan dengan pengeluar, pengimport, pembekal serta pemborong barangan itu.

Skim itu dilaksanakan mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 yang memperuntuk denda maksimum RM100,000 dan penjara tidak melebihi tiga tahun bagi individu serta denda RM500,000 atau kompaun sehingga RM50,000 bagi syarikat yang gagal mematuhi harga ditetapkan.

Hamzah berkata individu yang gagal meletakkan tanda harga berwarna merah jambu barangan harga terkawal boleh didenda sehingga RM10,000 atau RM20,000 atau dikompaun sehingga RM10,000.

"Berikutan itu, peniaga diwajibkan menjual barangan harga terkawal tidak melebihi harga maksimum yang ditentukan dan meletakkan tanda harga khas berwarna meraj jambu," katanya.

Hamzah berkata peniaga digalakkan menjual barangan berkenaan pada harga lebih rendah daripada harga maksimum sekiranya mereka memperolehnya pada harga rendah.

Beliau menegaskan KPNKK menerusi 2,600 anggota penguatkuasa dan kerjasama orang ramai di seluruh negara akan melaksanakan pemantauan agresif bagi melindungi pengguna daripada aktiviti pengambilan keuntungan oleh peniaga tidak beretika.

Hamzah berkata pengguna dan peniaga boleh membuat semakan harga barangan di Laman Web KPNKK. - BERNAMA

Popular posts from this blog

CERGASKAN DIRIMU DI HARI SUKAN NEGARA 2016

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016