Guru Perlu Kreatif dan Inovatif Selesai Masalah Bilik Darjah

KUALA LUMPUR: Golongan guru boleh menjadi pendidik berkualiti antarabangsa sekiranya mereka mampu menyelesaikan masalah pembelajaran dan pengajaran di dalam bilik darjah dengan kreatfi dan inovatif.

Image result for guru di bilik darjah
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Amin Senin berkata antara masalah pembelajaran dan pengajaran di dalam bilik darjah yang perlu diatasi guru adalah berinteraksi dengan setiap pelajar yang mempunyai keupayaan, kebolehan dan latar belakang berbeza.

"Rupa bentuk masyarakat dalam sesebuah negara bergantung kepada apa yang berlaku di dalam bilik darjah. Paling penting dalam bilik darjah adalah interaksi antara pelajar dan guru yang seharusnya menyumbang kepada daya pemikiran tinggi dan penerapan akhlak baik ke atas mereka (pelajar).

"Kita (guru) tidak berada dalam suasana sempurna. Maksudnya tidak semua pelajar pandai dan udah terima apa yang kita ajar. Itu adalah kekangan untuk mencapai interaksi yang berkesan," katanya ketika berucap pada Penutupan Persidangan Penyelidikan dan Inovasi Pendidikan Kebangsaan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) di IPG Kampus Bahasa Antarabangsa di sini pada Rabu lepas.

Beliau berkata peralihan sistem pendidikan kepada Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang melibatkan pentaksiran secara menyeluruh bagi membolehkan setiap pelajar diajar mengikut kemampuan dan dinilai secara adil daripada semua aspek, memerlukan guru menjadi lebih kreatif dan inovatif untuk mencari dan meningkatkan potensi pelajar.

"Sehubungan itu, pensyarah di IPG seluruh negara perlu memikirkan cara terbaik bagi melahirkan golongan pendidik yang mempunyai ilmu pengetahuan luas meliputi pelbagai bidang dan perlu beraani melakukan perubahan ke arah kreativiti dan inovasi,"katanya.

Sementara itu, Persidangan Penyelidikan dan Inovasi Pendidikan Kebangsaan IPGM 2016 bertema 'Pendidikan Abad ke-21 dan Masa Hadapan' menerima-pakai 14 resolusi termasuk peningkatan kemenjadian guru, permulaan dengan pemantapan program latihan pra-perkhidmatan.

Selain itu, persidangan dua hari itu turut bersetuju supaya penggunaan dan eksploitasi multimedia , teknologi dan komunikasi dalam bidang pendidikan ditingkatkan supaya selaras dengan perkembangan semasa.

Persidangan itu dihadiri 350 peserta daripada pegawai Kementerian Pendidikan, pensyarah Kolej Martikulasi, pensyarah Institut Aminuddin Baki, pensyarah universiti awam, IPG dan guru sekolah. - BERNAMA

Popular posts from this blog

CERGASKAN DIRIMU DI HARI SUKAN NEGARA 2016

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016