Jom Kenali Perdana Menteri Malaysia

Tidak dinafikan, YAB Najib Razak merupakan seorang yang paling dikenali di negara ini. Hal ini kerana, beliau merupakan Perdana Menteri Malaysia yang memimpin negara sejak tahun 2009 yang lalu. Kini, hampir 7 tahun beliau berkhidmat menerajui negara kita. Tetapi, sejauh manakah kita mengenali Perdana Menteri kita sendiri? Setakat namakah? Dari parti manakah? Jom selidiki....


Walau jika kita tanya kepada anak kecil, siapakah Perdana Menteri Malaysia kini? Pasti becok mulut menjawab "YAB Najib Razak". Malah paling tidak pun akan ada anak kecil yang menjawab "Najib" sahaja. Cukup menunjukkan bahawa betapa berpengaruhnya beliau. Sebagai rakyat Malaysia, merupakan suatu kewajiban kita untuk mengenali pemimpin kita walau ada di antara rakyat Malaysia bukan penyokong Parti beliau yakni Parti UMNO.

Jadi, jom kita kenali beliau melalui biodata beliau yang Rakan Puteri berjaya rangkumkan.

  • Nama Lengkap: Datuk Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak
  • Tarikh Lahir: 23 Julai 1953
  • Tempat Lahir: Kuala Lipis, Pahang
  • Zodiak: Cancer
  • Keturunan: Berdarah Bangsawan Makassar (Susur Galur Keturunan Sultan Hassanudin, Sultan Makassar terakhir Gowa Sulawesi Selatan)
  • Nama Ayah: Tun Abdul Razak Hussein (Perdana Menteri Kedua)
  • Nama Ibu: Toh uan Rahah Mohamad Noah
  • Nama Isteri (Pertama): Tengku Puteri Zainah Tengku Iskandar (Bercerai pada 1987)
  • Nama Anak (Bersama Isteri Pertama): Mohd Nizar Najib, Mohd Nazifuddin Najib, Puteri Norlisa Najib.
  • Nama Isteri (Kedua): Datin Sri Rosmah Mansor
  • Nama Anak (Besama Isteri kedua): Noryana Najwa, Norashman Razak
  • Bilangan Adik Beradik: 5 (Anak Sulung)
  • Nama Adik Beradik: Ahmad Johari, Mohd Nizam, Mohd Nazim dan Mohd Nazir
  • Sekolah: Menerima pendidikan rendah di St. John's Institution
  • Sekolah: Peringkat menengah di Malvern Boy's College, Worcestershire, England
  • Universiti: University of Nottingham (Ijazah Ekonomi Perindustrian pada 1974)
  • Pekerjaan Pertama: Eksekutif Perbadanan Petroleum Nasional (PETRONAS)-2 Tahun
  • Hobi Zaman Kanak-Kanak: Bermain bola sepak dan basikal
  • Hobi Zaman Remaja: Permainan Golf dan Soccer
  • Permulaan Bidang Politik: Umur 23 Tahun (Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pekan Pahang)

Kisah Kebangkitan Beliau Menjadi Perdana Menteri Malaysia

Pemergian mengejut bapanya pada 1976, telah mendorong Dato' Sri Najib mencebur bidang politik. Beliau dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk bertanding di kerusi Parlimen Pekan ekoran kematian bapanya. Kesedihan seluruh negara di atas pemergian Tun Abdul Razak dan sebagai menghargai sumbangan Allahyarham kepada pembangunan negara menyaksikan Dato' Sri Najib memenangi kerusi Parlimen Pekan tanpa bertanding ketika berusia 23 tahun. Saat itulah yang merubah corak kehidupan Dato' Sri Najib yang mencurahkan khidmatnya dalam politik dan kerajaan.



Kejayaan Beliau Sebelum Menjadi Perdana Menteri Malaysia

Perdana Menteri Malaysia Keenam
3 April 2009 - Kini

Timbalan Perdana Menteri
31 Oktober 2004 - 2 April 2009

Menteri Kewangan
17 September 2008 - Kini

Menteri Pertahanan
1999-2008

Menteri Pendidikan
1995- 1999

Menteri Pertahanan
1990-1995

Menteri Belia dan Sukan
1987-1990

Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan
1986-1987

Mentei Besar Pahang, Pengerusi Lembaga Kemajuan Negeri Pahang & Pengerusi Majlis Perbandaran Kuantan
1982-1986

Timbalan Menteri Kewangan
1981-1982

Timbalan Menteri Pelajaran
1980-1981

Timbalan Menteri Tenaga, Telekomunikasi dan Pos (Paling muda ketika berumur 25tahun)
1978-1980

Eksekutif Petronas
1974-1976


Setelah beliau memegang tampuk Perdana Menteri, beliau telah memperkenalkan Gagasan 1 Malaysia yang memupuk perpaduan rakyat di antara kaum. Ia juga dijadikan tema kemerdekaan pada tahun 2009 dulu. Matlamat konsep 1 Malaysia ini adalah murni iaitu bagi memupuk dan mengukuhkan perpaduan nasional satu matlamat yang telah menjadi keutamaan setiap Perdana Menteri Malaysia semenjak Almarhum Tunku Abdul Rahman lagi. Pemupukan dan pengukuhan perpaduan ini menjadi keutamaan kepada mereka kerana mereka sedar tanpa usaha tersebut mana mungkin Malaysia bersifat pelbagai kaum akan mampu mengekalkan kelangsungannya sebagai sebuah negara yang aman dan makmur. Kini, misi dan visi ini diteruskan pula oleh YAB Najib Razak. 


Program Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA)
-Perumahan Rakyat 1 Malaysia merupakan satu inisiatif yang dibuat dibawah peruntukan akta PR1MA 2012 untuk merancang, membangun, membina dan mengurus perumahan mampu milik untuk rakyat Malaysia yang berpendapatan pertengahan terutamanya di kawasan Bandar. Mereka yang berpendapatan pertengahan ini dikenalpasti dengan pendapatan bulanan antara RM2,5000-RM7,500. YAB Najib Razak amat prihatin dengan tekanan yang dikenakan oleh penduduk di kawasan Bandar yang berpendapatan sederhana. Dengan perkembangan ekonomi Malaysia, Datuk Seri Najib mengilhamkan untuk menstabilkan kehidupan rakyat terutamanya bagi mereka yang tinggal di kawasan Bandar. Justeru itu, PR1MA akan memberi fokus kepada golongan pertengahan dengan harga rumah dari RM100,000.00 ke RM400,000.00 untuk dibina dibawah kawasan komuniti padat.


Anugerah Diterima
TahunNama AnugerahPemberi Anugerah
2012Imam Khalifah AgungPertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia (PSSPGM)
2012Anugerah Pencapaian Sepanjang HayatMajlis Perniagaan Global Forum Ekonomi China (WCEF)
2011Anugerah Kepimpinan TransformasiForum Ekonomi Cina Dunia
2010AFC Diamond of AsiaPersekutuan Bola Sepak Asia (AFC)
2010King Abdul Aziz Order of Merit (Kelas Pertama)Raja Abdullah Abdulaziz Al-Saud
2010Anugerah Persatuan Telekomunikasi dan Maklumat Dunia 2010Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU)
2007Darjah Utama Negeri Melaka (DUNM)Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob





Popular posts from this blog

CERGASKAN DIRIMU DI HARI SUKAN NEGARA 2016

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016