2017 'Tahun Ekonomi Internet' Malaysia - PM

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggariskan lima strategi pemangkin bagi menjadikan 2017 sebagai tahun Ekonomi Internet bagi Malaysia.

Image result for najib razak perdana menteri
Mikrokosmo fizikal, pembiayaan modal risiko, perhubungan, bakat dan rangka kerja kawal aturan, merupakan pemangkin penting dalam agenda terbabit, katanya..

"Revolusi digital sangat pantas, oleh itu kita mesti menerima pakai dan mengikut perubahan," katanya pada penutupan Mesyuarat Majlis Pelaksanaan MSC Malaysia (ICM) ke-28 di sini hari ini. Najib ialah Pengerusi ICM.

Najib berkata daripada lima pemangkin berkenaan, pewujudan pemangkin mikrokosma fizikal sangat penting.

"Ia merupakan kelompok atau hab digital komuniti di mana ekonomi Internet baharu, terutama syarikat tunas, syarikat yang sedang meningkat naik dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), berhubung, bertumpu, berkongsi dan mencetuskan idea," katanya.

Najib berkata Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Datuk Yasmin Mahmood jelas mendesak supaya hab digital ini diwujudkan bagi memenuhi keperluan syarikat yang 'dilahirkan digital'.

"Generasi 'cool' sukakan kafe hipster dan ruang pejabat konvensional seperti gudang. ICM hari ini meluluskan cadangan untuk menubuhkan dan mempromosi Hab Digital Malaysia ini," katanya.

Menerusi MDEC, Najib berkata sumbangan ekonomi digital kepada KDNK negara telah meningkat.

"Hasil daripada komitmen berterusan MDEC, sumbangan ekonomi digital Malaysia kepada KDNK telah mencecah 17.8 peratus pada 2015. Kita sudah hampir merealisasikan sasaran 18.2 peratus yang ditetapkan untuk 2020," katanya.

Setakat ini Najib berkata MSC Malaysia mencatatkan pelaburan bernilai RM304 bilion sejak penubuhannya dan mewujudkan hampir 160,000 pekerjaan, peningkatan 16 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Bagi menggalakkan pembukaan hab ini, perdana menteri memberi jaminan untuk memudahkan dan mempercepatkan proses kelulusan, dengan memperkenal kategori baharu di bawah Pekerja Berpengetahuan Teknologi (FKE), yang akan melengkapkan penubuhan Hab Digital Malaysia. 

Kategori baharu ini yang akan dikenali sebagai Usahawan Asing Berpengetahuan Teknologi (FKE), yang akan diluluskan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia, akan memudahkan kemasukan usahawan global ke Malaysia.

Najib berkata pemangkin lain bagi mengembangkan Ekonomi Digital adalah menerusi kumpulan bakat, dengan ICM hari ini meluluskan peruntukan dana kumpulan - Dana Pembangunan Sumber Manusia.

Peruntukan itu akan digunakan untuk Pembangunan Bakat Analitis Data Raya (BDA) dan Mengupayakan Kepimpinan wanita menerusi Teknologi Komunikasi dan Maklumat (ICT) serta Sains Data.

"BDA merupakan pemacu utama Ekonomi Digital dan kami menganjurkan kita memerlukan 20,000 profesional data dan 2,000 saintis data menjelang 2020. Pada masa ini kita mempunyai kira-kira 350 saintis data.

"Bagi memenuhi permintaan pasaran pada 2020, kita akan membangunkan saintis data dan menerusi dua kaedah - inisiatif rasmi universiti dan pembangunan profesional," katanya.

Memandangkan rakyat merupakan pemacu utama kepada ekonomi yang lebih besar, Najib turut menekankan mengenai program e-Usahawan dan e-Rezeki yang bermula tahun lepas.

Beliau berkata kedua-dua program ini mengupayakan rakyat untuk meningkatkan pendapatan asing-masing dan meningkatkan kualiti hidup dan pada masa yang sama mahukan program itu terus berkembang pada tahun depan.

Najib juga berkata ICM bersetuju peruntukan biasiswa JPA disediakan untuk kursus pendidikan tinggi berkaitan teknologi digital, sama seperti yang ditawarkan untuk kursus kejuruteraan.

Pada majlis berasingan, Najib melancarkan Pelan Tindakan Strategik e-Dagang Nasional.

Pelan tindakan itu dilaporkan bermatlamata menggandakan pertumbuhan e-dagang negara kepada 20.8 peratus menjelang 2020 berbanding 10.8 peratus ketika ini. 
-BERNAMA

Popular posts from this blog

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016

Ulangtahun Ke-15 Tahun Pergerakan Puteri UMNO Malaysia