Kerajaan Negeri Terengganu dengan kerjasama Kembara Ilmu Terengganu dibawah Biro Pendidikan Pergerakan Puteri UMNO Negeri Terengganu.

 

Terengganu- 5 Pelajar harapan Terengganu menerima sumbangan berbentuk bantuan wang tunai  bagi menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 nanti.


Sumbangan khas pelajar cemerlang dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah itu disampaikan oleh Setiausaha Politik Menteri Pendidikan Malaysia Ahmad Kamel Abd Munin selepas perasmian program “Kembara Ilmu, Kita Skor” di Stadium Tertutup, Gong Badak, Kuala Nerus.

Antara yang menerima sumbangan tersebut adik Ayub Suffian bin Amran SMA Mahmudiah Hulu Terengganu, Ku Haizarul Fareez Ku Hashim SMK Tengku Mahmud, Besut, Mohammad Alif Bin Panca Indera SMK Merchang , Marang, Nur Hanini bt. Ramli SMK Saujana , Setiu dan Sarah Alisa binti Mohamad Hanafiah SMK Kompleks Seberang Takir, Kuala Nerus.
Sumbangan tersebut daripada Kerajaan Negeri Terengganu dengan kerjasama Kembara Ilmu Terengganu dibawah Biro Pendidikan Pergerakan Puteri UMNO Negeri Terengganu.
Menurut Pengerusinya Noraini Zakaria, program ini telah berlangsung sejak 2014 lagi dan tahun ini kali ke tiga dilangsungkan dengan jayanya hari ini.
“Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak terutamanya Kerajaan Negeri, Jabatan Pendidikan Negeri, Yayasan Pengakap Malaysia dan Puteri UMNO Malaysia,
“Hari ini kita telah menjemput pakar motivasi Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad dan pakar latih tubi matematik Zainol Abidin Mohamad dari Kedah,
‘Kedua-duanya telah menyampaikan ceramah yang sangat baik dihadapan 1000 orang calon SPM 2016 kali ini,” ujurnya.
Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Negeri Terengganu YB. A Latiff Awang, Pengerusi Biro Pendidikan Puteri UMNO Malaysia Datin Azura Afandi dan Pengarah Pendidikan Negeri Shafruddin Ali Husin

Sumber:terengganutimes

Popular posts from this blog

CERGASKAN DIRIMU DI HARI SUKAN NEGARA 2016

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016