Perpaduan Negara Kini Diancam Dua Individu – Najib

KUALA LUMPUR,– Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sejak akhir-akhir ini perpaduan negara sering diancam oleh dua individu.
Menurut perdana menteri ancaman ini dapat dilihat terjadi dalam dua fasa, iaitu fasa pertama pada 2008, menyaksikan ketua pembangkang mula memainkan isu perkauman.

“Beliau mula mencabar perlembagaan mengenai kepentingan semua kaum di Malaysia ini dan menggunakan ia sebagai isu politik untuk meraih undi.
“Sebelum ini tidak timbul pertikaian pada Perlembagaan negara dan semua lapisan masyarakat hidup dengan harmoni. Kesannya, selepas pilihan raya umum ke-12, politik negara mula ditentukan oleh faktor kaum,” kata Najib menerusi catatan terbaharu dalam blog rasminya www.najibrazak.com.
Najib menyatakan bahawa fasa kedua pula bermula pada tahun ini apabila seorang pemimpin lama mula memecahkan kaum Melayu dengan membentuk sebuah lagi parti politik Melayu mengakibatkan kuasa politik kaum Melayu berpecah kepada lima.
Perdana menteri berkata perpaduan bangsa yang longgar ditambah dengan desakan pembangkang melalui perhimpunannya yang berselindung di sebalik imej “bipartisan” dan “multiracial” memberi hentaman demi hentaman kepada parti pemerintah.
Malah menurutnya parti yang mentadbir Pulau Pinang, yang sudah didakwa mengamalkan rasuah, tidak diendahkan oleh pemimpin lama itu.
Lebih menyedihkan lagi kata Najib, pemimpin lama itu sanggup dipergunakan oleh perhimpunan untuk memecah belahkan rakyat negara ini dan menuduh kerajaan perkara yang sama beliau dituduh dahulu.
“Kedua-dua pemimpin perpecahan fasa satu dan dua kini dilihat sudah bersalaman. Kita sudah boleh anggap apa yang mereka akan lakukan kepada negara seterusnya untuk fasa ketiga.
“Kerana itulah, agenda 1Malaysia wajib diteruskan,” tegas Najib.

-umnoonline-

Popular posts from this blog

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016

CERGASKAN DIRIMU DI HARI SUKAN NEGARA 2016