Kemeriahan Hari Sukan Negara Seluruh Malaysia

2 hari yang lepas, satu negara kita digegarkan dengan gelombang Hari Sukan Negara 2016. Kesemua 13 Negeri dan 3 Wilayah Persekutuan terlibat secara langsung serta mengambil bahagian di dalam apa jua acara sukan tidak kira 'indoor game' mahupun 'outdoor game'. Dikhabarkan juga selain daripada pejabat kerajaan, pihak sekolah rendah, sekolah menengah, universiti universiti, dan syarikat swasta turut bersama memeriahkan lagi program KBS ini.

(PERASMIAN OLEH YAB NAJIB RAZAK DI PUTRAJAYA)
Setiap negeri ada gelagatnya sendiri. Acara larian dan berbasikal umpama acara wajib diadakan di setiap negeri negeri di Malaysia. Hal ini disebabkan tidak kira golongan muda ataupun tua mengambil bahagian dalam acara acara ini. Lebih menarik perhatian, adik adik di tadika tidak melepaskan peluang diri mereka terlibat dalam program Hari Sukan Negara ini. 

Sahabat-sahabat Rakan Puteri juga turut menyertai meregangkan badan di sekitar Putrajaya sambil tidak melepaskan peluang menyaksikan gimik perasmian oleh YAB Najib Razak. Hari Sukan Negara Kebangsaan 2016 di Putrajaya itu juga dimeriahkan lagi oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin serta isteri dan dihadiri oleh atlet-atlet Olimpik dan Paralimpik RIO 2016 yang telah berjaya menaikkan nama Malaysia di mata dunia.

Malah, YB Khairy Jamaluddin ada mengumumkan penyertaan Hari Sukan Negara telah melepasi 7 juta rakat berbanding KPI asal yang ditetapkan iaitu 6 juta.

Di sini, Rakan Puteri turut merangkumkan kenangan kenangan Hari Sukan Negara 2016 di seluruh negeri negeri dalam Malaysia.


HSN Wilayah Persekutuan Putrajaya




HSN Kuala Lumpur




HSN Selangor






HSN Johor Bahru




HSN Sabah




HSN Sarawak







HSN Perak





HSN Terengganu






HSN Kelantan






HSN Kedah






HSN Pulau Pinang





HSN Perlis





HSN Negeri Sembilan






HSN W.P Labuan






HSN Pahang






HSN Melaka






Gambar-gambar di atas merupakan antara gambar-gambar yang telah dimuatnaik ke dalam laman media sosial 'Jabatan Belia dan Sukan' dan 'Hari Sukan Negara' di negeri masing-masing. Malah, Rakan Puteri juga mendapati ramai pengguna yang menggunakan hashtag HSN negeri masing masing sebagai contoh #HSNPerak2016.

Melalui gambar-gambar ini, cukup membuktikan bahawa rakyat Malaysia amat menyokong penuh program seperti ini dilakukan saban tahun. Tahniah kepada semua yang terlibat.






Popular posts from this blog

CERGASKAN DIRIMU DI HARI SUKAN NEGARA 2016

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016