PROJEK INFRASTRUKTUR BAHARU DI KENAL PASTI DI ARAB SAUDI - TPM




RIYADH: Malaysia mengenal pasti beberapa projek pembangunan infrastruktur baharu di Arab Saudi yang boleh diusahakan secara kerjasama antara syarikat kedua-dua negara. 

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata antara projek berkenaan termasuk pembinaan lingkaran jalan raya khususnya di sekitar Makkah dan Jeddah. 

"Kita juga akan melaksanakan tindakan susulan terhadap projek-projek yang dikenal pasti untuk dibangunkan oleh syarikat Malaysia yang mempunyai rekod baik dan cemerlang di Arab Saudi," katanya. 

Beliau bercakap kepada wartawan Malaysia sebaik tiba di sini semalam bersempena lawatan rasminya selama lima hari ke Arab Saudi. 

Ahmad Zahid berkata, Malaysia juga berminat menjalinkan perkongsian pintar melibatkan syarikat kedua-dua negara dalam pembinaan infrastruktur lain di Arab Saudi. 

"Tindakan susulan ini tentunya bukan hanya memberi keuntungan kepada syarikat-syarikat Malaysia tetapi yang penting adalah bagaimana kita dapat turut berikan sumbangan atas kepakaran dan ketrampilan dalam bidang-bidang teknikal. 

"Ini seperti mana dilakukan di negara kita untuk diterjemahkan pelaksanaannya di negara ini," katanya. 

Ahmad Zahid berkata, usaha meneroka peluang baharu itu didorong dengan kejayaan Prasarana Malaysia Berhad dalam mengendalikan Makkah Metro, dan perkhidmatan cemerlang syarikat itu mendapat pengiktirafan kerajaan Arab Saudi. 

Sebelum ini, Prasarana Malaysia Berhad telah memberi khidmat terbaik dengan penyediaan tren antara Arafah dan Mina sepanjang operasinya pada musim haji. - BERNAMA


Popular posts from this blog

CERGASKAN DIRIMU DI HARI SUKAN NEGARA 2016

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016