Bahayanya Penggunaan Telefon Bimbit Semasa Dicas

SHAH ALAM: Penggunaan telefon bimbit semasa dicas sering dipandang enteng oleh para pengguna pada masa kini dan masih dianggap tidak membahayakan, walaupun selalu diingatkan oleh Suruhanjaya Tenaga (ST) betapa bahayanya perbuatan tersebut. Baru-baru ini, ST sekali lagi menasihati para pengguna agar tidak melakukan perbuatan bahaya tersebut kerana mengundang berlakunya renjatan elektrik.

                                  Image result for telefon bimbit dicas
Pengarah Kawal Selia Keselamatan Elektrik suruhanjaya itu, Mohd Elmi Anas berkata kebocoran arus elektrik akan berlaku sekiranya ada kerosakan pada alat pengecas semasa sesi pengecasan telefon berlaku.

"Menggunakan telefon bimbit yang sedang dicas, lebih-lebih lagi dengan alat pengecas tidak tulen, boleh membahayakan pengguna ekoran renjatan yang terhasil daripada kebocoran elektrik pengecas tersebut.

"Selain itu, pengguna perlu memastikan mereka membeli alat pengecas tulen yang mempunyai label SIRIM-ST atau yang dibekalkan bersama telefon bimbit,"
katanya kepada Bernama selepas merasmikan Bengkel Garis Panduan dan Teknik Mengenal Pasti Kabel dan Kelengkapan Elektrik Substandard di sini pada selasa lepas.

Malah, sebelum ini, media melaporkan seorang suri rumah maut di kediamannya di Cheras Kuala Lumpur ketika menggunakan telefon bimbit yang sedang dicas dengan pengecas tidak tulen akibat renjatan daripada kebocoran elektrik pengecas itu. Dan ini bukan kes kali pertama yang melibatkan penggunaan telefon bimbit semasa dicas berlaku.

Dalam perkembangan lain, Mohd Elmi berkata mengikut statistik ST, sebanyak 853 kes kemalangan elektrik disiasat dari 2002 sehingga 30 September lepas dengan 425 kes daripadanya melibatkan kes maut. Ini bukan satu statistik membanggakan kepada kita, malah cukup menjadi bukti utama bahawa kes ini bukan kes biasa dan tidak seharusnya dipandang enteng.

Beliau berkata punca utama berlakunya kemalangan elektrik adalah disebabkan pemasangan atau senggaraan yang tidak sempurna termasuk tidak melaksanakan senggaraan berjadual ke atas pepasangan elektrik.

"Antara punca lain yang dikenal pasti adalah peranti perlindungan tidak dipasang pada sistem pendawaian, penebat kabel pecah serta kerosakan dibaiki oleh orang yang tidak berkemahiran atau kompeten," katanya.

                                   Image result for telefon bimbit dicas
(Gambar hiasan)

Image result for telefon bimbit dicas
(Gambar hiasan)

Menurutnya aduan mengenai pendawaian tidak mengikut standard adalah yang paling banyak diterima suruhanjaya itu pada tahun lepas.

Bengkel sehari anjuran suruhanjaya itu dengan kerjasama Malaysia Cable Manufacturers Association (MCMA) disertai 80 peserta. Ia bertujuan memberi panduan mengenai teknik mengenal pasti kabel substandard, pengecas dan adaptor telefon bimbit yang tidak diluluskan serta kaedah pemasangan dan selenggaraan pemanas air yang tidak selamat. (BERNAMA)

Popular posts from this blog

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016

CERGASKAN DIRIMU DI HARI SUKAN NEGARA 2016