Datuk Seri Najib Ucap Takziah Atas Kemangkatan Raja Thailand

13 Oktober 2016 - Satu dunia telah digemparkan dengan berita kemangkatan Raja Thailand, Bhumibol Adulyadej di Siriraj Hospital Bangkok Thailand. Berita tersebut juga terus diketahui oleh nitizen di negara kita. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak turut berdukacita dengan mengucapkan takziah ke atas kemangkatan Raja Bhumibol Adulyadej.

Image result for Bhumibol Adulyadej
"Bagi pihak rakyat Malaysia, saya ingin merakamkan ucapan takziah yang ikhlas dan mendalam kepada Keluarga Diraja, Kerajaan, dan rakyat Thailand di atas kemangkatan baginda Raja Bhumibol Adulyadej.

"Raja Bhumibol menjadi lambang tertinggi perpaduan dan sumbangan baginda kepada Thailand dan seluruh rantau ini, adalah melangkaui kata-kata.

"Kami bersama-sama dengan rakyat Thailand berkabung atas kemangkatan baginda," kata Najib menerusi posting terbaharu dalam laman Facebook hari ini.


Raja Bhumibol, 89, mangkat di Hospitan Siriraj pada pukul 3.52 petang seperti diumumkan oleh Biro Diraja hari ini.

Baginda yang menduduki takhta selama 70 tahun sejak 1946 menerima rawatan di hospital sejak 3 Okt 2014.

Popular posts from this blog

CERGASKAN DIRIMU DI HARI SUKAN NEGARA 2016

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016