Posts

Showing posts from 2017

YBhg Datin Seri Rosmah Mansor rasmi Spa Bergerak

Image
Kuala Lumpur: Isteri Perdana Menteri, YBhg Datin Seri Romsah Mansor telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Puteri Mobil Spa bertempat di Laman Puteri, PWTC bersempena dengan Persidangan Agung UMNO 2017.

Isu nafkah wanita, anak perlu penyelesaian segera - Mas Ermieyati Samsudin

Image
KUALA LUMPUR: Puteri UMNO mencadangkan supaya Bahagian Sokongan Keluarga, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) diperkasa bagi memastikan isu nafkah terhadap wanita dan anak dapat diselesaikan tanpa memerlukan perintah pelaksanaan daripada mahkamah.

Jangan lupa agama, bangsa dan tanah air dalam TN50 - Mas Ermieyati Samsudin

Image
KUALA LUMPUR : Perjuangan UMNO dalam kepentingan agama, bangsa dan tanah air tidak boleh dipinggirkan dalam aspirasi Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Puteri pasak janji dan wala' terhadap pimpinan Umno

Image
KUALA LUMPUR - Menyedari PRU 14 adalah getir dan ibu kepada segala pilihan raya Puteri Umno menegaskan akan terus memasakkan janji dan wala' terhadap pemimpin dan parti.

Fathia, perbaiki hidup dahulu sebelum kecam kerajaan - Dira

Image
KUALA LUMPUR : Selebriti kontroversi Fathia Latiff dinasihat turun sendiri ke lapangan sekiranya mahu bercerita mengenai isu rakyat.

Jangan Salah Tafsir Peranan PTPTN Dalam Bantu Meringankan Beban – Mas Ermieyati Samsudin

Image
KUALA LUMPUR, 6 Dis – “Jika boleh, tubuh PTPTN ini hendak dibelah 10 agar dapat membantu semua pihak… tapi keadaan PTPTN ini ibarat diluah mati emak, ditelan mati bapak. Jadi kita harus membantu agar menerangkan kesalahfahaman masyarakat tentang peranan PTPTN,” ujar Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Tekad perangi isu keganasan terhadap wanita, kanak-kanak - Perwakilan Puteri UMNO

Image
KUALA LUMPUR : Perjuangan memerangi keganasan, terutamanya terhadap golongan wanita dan kanak-kanak tidak pernah berakhir bagi pergerakan Puteri UMNO.

Kami Tidak Mahu Komen Dahulu Buat Sementara Waktu – Zahida

Image
Suasana ceria dan meriah sempena Perhimpunan Agung UMNO kali ke 71 yang bermula hari ini cuba dicemari oleh seorang bekas Exco Puteri UMNO, Wan Asshima Kamaruddin. Semuanya gara-gara komennya yang mendakwa, setipa kali Perhimpunan Agung UMNO berlangsung, maka banyaklah kejadian maksiat berlaku dan menggesa pihak bertanggungjawab, membenteras kegiatan tidak sihat ini.

Back To School Sempena #PAU2017

Image
Kuala Lumpur, 5 Disember - Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang juga ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melihat beg sekolah yang akan diserahkan kepada pelajar - pelajar sekolah pada Majlis Pelancaran Program Back To School YPM @ KKLW 2018 anjuran Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pagi ini.

Penubuhan KOSAPUM Lambang Legasi Pergerakan Puteri UMNO - Mas Ermieyati Samsudin

Image
KUALA LUMPUR, 4 Okt – Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Mas Ermieyati Samsudin menyifatkan penubuhan Koperasi Sahabat Puteri Berhad (KOSAPUM) untuk semua ahli dan bekas ahli Puteri sebagai lambang legasi pergerakan itu.

Apa itu SAFE?

Image
MAJLIS PELANCARAN KEMPEN S.A.F.E Stop Abuse For Everyone for a Safer And Fearless Environment   4 Disember 2017 - Biro Perundangan Profesional & NGO Pergerakan Puteri UMNO Malaysia (Puteri Legal) telah mengadakan program Pelancaran Kempen S.A.F.E (Stop Abuse For Everyone For A Safer And Fearless Environment) bersempena dengan Perhimpunan Agung UMNO ke 71 bertempat di Perkarangan Aras 2, PWTC.

Skuad Puteri Peduli Bantu Mangsa Banjir

Image
KUALA LUMPUR: Sekumpulan 50 sukarelawan Skuad Puteri Peduli Pergerakan Puteri Umno menyertai misi bantuan banjir ke Pulau Pinang dan Kedah, hari ini.

Rakan Puteri bantu tepis fitnah media sosial - Haryaty Hamdzah

Image
KUALA LUMPUR: Pergerakan Puteri Umno ‘melahirkan’ Rakan Puteri yang berperanan mengatur strategi untuk menepis propaganda, penipuan dan fitnah dalam media sosial.

PRU14: 400,000 ahli Puteri UMNO sudah bersedia

Image
KEPALA BATAS 30 Okt. - Pergerakan Puteri UMNO yakin lebih 400,000 ahlinya bersedia membantu Barisan Nasional (BN) menghadapi Pilihan Raya Umum Ke -14.

Bajet 2018 : Penekanan Harus Turut Diberikan Kepada Pasangan Keluarga Muda – Fahariyah

Image
KUALA LUMPUR, 24 Okt – Tarikh 27 Oktober ini pasti dinantikan ramai pihak kerana ingin mendengar sendiri apakah yang bakal dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan Bajet 2018. Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Fahariyah Md Nordin berkata, seperti tahun-tahun sebelumnya, bajet kali ini juga pasti bakal memberi berita gembira buat seluruh rakyat kerana belum pernah lagi pembentangan bajet tanpa ada berita gembira. “Namun sebagai golongan muda, saya amat berharap agar bajet kali ini turut diberi penekanan kepada kebajikan pasangan keluarga muda kerana golongan ini baru mahu memulakan hidup. Oleh itu saya amat berharap agar isu rumah pertama akan diberi perhatian kerana syarat untuk memiliki rumah terlalu ketat termasuklah pinjaman bank. “Isu rumah pertama ini sebenarnya bukan isu baru malah saya tidak nafikan kerajaan telah melakukan pelbagai cara bagi mengatasi masalah ini. Cuma apa yang saya nampak, pasangan muda menghadapi kekangan apabila ber...

Menuju Bajet 2018 : Visi Ekonomi Saya Untuk Malaysia - Najib Razak

Semakin kita menghampiri Bajet 2018, saya ingin berkongsi cabaran yang telah Malaysia hadapi beberapa tahun kebelakangan ini, dan bagaimana usaha telah dilakukan untuk memacu negara ke arah masa depan yang makmur, mampan dan inklusif untuk semua. 2. Saya ingin ambil kesempatan ini untuk menerangkan pandangan saya sebelum pembentangan Bajet pada Jumaat ini serta perancangan yang bakal diumumkan, untuk manfaat rakyat Malaysia. 3. Penglibatan saya ke dunia politik adalah secara mengejut dan tidak dirancang selepas pemergian ayahanda saya, Tun Abdul Razak Hussein, ketika saya berusia 23 tahun. 4. Allahyarham merupakan idola saya, melihat pencapaian dan dedikasi berterusan beliau untuk melihat kemajuan negara serta rakyat Malaysia. Lantas, matlamat saya dalam hidup adalah melakukan yang terbaik untuk mengikuti jejak langkahnya dan berkhidmat demi negara. 5. Seperti Allahyarham Ayahanda, saya juga bercita-cita meletakkan Malaysia di pentas global; dan menjadi antara 20 negara terata...

DYANA SOFYA DIJANGKITI VIRUS LKS - Haryaty Hamdzah

Image

Kehilangan besar kepada negara - Mas Ermieyati Samsudin

Image
Ucapan Takziah kepada 'Wanita Besi' Malaysia

Najib Tempelak Sikap Pembangkang Tanam Kebencian Terhadap Kerajaan

Image
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak menempelak sikap pembangkang yang disifatkannya gemar menipu dan mengelirukan rakyat serta menanam benih kebencian rakyat terhadap kerajaan.

Rakyat Malaysia Perlu Bersama-sama Jaga Keamanan Negara - Ahmad Zahid

Image
PORT DICKSON, 24 Sept (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggesa rakyat agar bersama-sama mendokong keamanan di negara ini.

Tun Mahathir ajar DAP hina Melayu – Raja Petra

Image
KUALA LUMPUR 24 Sept. – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah mengajar DAP cara baharu untuk menghina kaum Melayu yang tidak menyokong parti itu dengan gelaran pemakan dedak.

JPP Bukan Jentera Bawa Agenda Politik, Kata Halimah

Image
KUALA TERENGGANU, 19 Sept – Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) bukanlah ejen untuk agenda politik Barisan Nasional (BN), kata Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Datuk Halimah Mohamed Sadique. Katanya, pemilihan anggota JPP dibuat secara terperinci dengan syarat mereka bukan Ahli Majlis dan keutamaan diberikan kepada penduduk yang bergiat aktif dalam pertubuhan, persatuan atau kerja-kerja amal. “Mereka ini bukan jentera kita. Ada orang tuduh sengaja tubuh JPP sebagai jentera parti dan politik sedangkan ini adalah jentera yang membawa harapan, suara dan harapan masyarakat bandar yang terdiri daripada pelbagai kaum.

Parti Pembangkang Tidak Mampu Jadi Penyelamat Kepada Rakyat – Salleh

Image
KUALA LUMPUR, 19 Sept – Tindakan beberapa pemimpin pembangkang keluar parti menunjukkan parti itu umpama dahan yang rapuh dan tidak mampu menjadi penyelamat kepada rakyat, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak. Merujuk perkembangan semasa, beliau berkata parti pembangkang gagal menyatukan anggotanya untuk terus kekal bersama parti.

Kemasukan TSMT Harus Dipandang Positif - Haryaty Hamdzah

Image
Kemasukan TSMT harus dipandang positif dari sudut merampas Selangor kepada BN dalam PRU14 nanti.  Setiap orang diperlukan untuk memperkuatkan parti. Waimah yang muda mahupun yang berusia. 

200 Peserta Sertai ‘Hiking 1 Negeri 1 Gunung’ Di Gunung Datuk

Image
REMBAU, 17 Sept  — Kira-kira 200 peserta dari seluruh negara menyertai Program ‘Hiking 1 Negeri 1 Gunung’ yang merupakan ekspedisi pendakian di Gunung Datuk, di sini, hari ini.

Mat Taib Kembali Ke Pangkuan UMNO

Image
KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib, hari ini menyertai semula UMNO.

PPBM tidak mampu bertahan - Mas Ermieyati

Image
MELAKA: Puteri UMNO yakin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang baru berusia setahun itu tidak mampu "belayar" lebih jauh ekoran daripada pergolakan dalaman yang melanda parti itu ketika ini.

Anina keluar PPBM kerana bukan keldai, lembu dan anjing

Image
BANGI- Bekas pengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Anina Saadudin hari ini mengumumkan meninggalkan parti itu secara rasmi.

Majlis Menandatangani Perjanjian di antara Kerajaan Malaysia dan UNWTO

Image
1) Pada hari ini bersamaan 14 September 2017, saya telah menandatangani satu perjanjian di antara Kerajaan Malaysia dan TYT Dr. Taleb Rifai, Setiausaha Agung UNWTO bersempena Perhimpunan Agung UNWTO ke-22 yang diadakan pada 11-16 September 2017 di Chengdu, China.

Pembangkang sengaja jadikan jemputan ke AS sebagai agenda politik -Ketua Puteri UMNO Malaysia-

Image
KUALA LUMPUR 10 Sept. -Tindakan pembangkang meminta Kabinet menolak jemputan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump kepada  Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke White House disifatkan sebagai perbuatan terdesak.

Najib-Trump sepakat desak Yangon hentikan keganasan terhadap Rohingya

Image
WASHINGTON DC: Malaysia dan Amerika Syarikat mendesak Myanmar menghentikan segera keganasan terhadap kaum Rohingya dan membenarkan bantuan sampai kepada mangsa.

Halimah Presiden Singapura Wanita Pertama

Image
SINGAPURA: Bekas Speaker Parlimen Singapura, Halimah Yacob, dilantik secara rasmi sebagai presiden wanita pertama republik itu hari ini.

Ke Mana Arah Tuju #politiktoksik? - Mas Ermieyati Samsudin

Image
1) Mengulas isu yang diperjuangkan aktivis pihak pembangkang dalam Perarakan Ungu dengan slogan ‘Wanita Bantah Politik Toksik’ di Kuala Lumpur semalam, saya berpendapat bahawa isu yang dibawa dalam demonstrasi tersebut adalah dangkal serta tidak mencerminkan situasi sebenar yang berlaku dalam persekitaran politik Malaysia.

Najib Bertemu Trump di White House

Image
Kini berlangsungnya pertemuan yang ditunggu-tunggu antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.

Persoal Arah Tuju 'Wanita Bantah Politik Toksik'

Image
SHAH ALAM - Isu yang dibawakan pembangkang dalam perarakan ungu atau 'Wanita Bantah Politik Toksik' , Ahad lalu dilihat sebagai dangkal serta tidak mencerminkan situasi sebenar yang berlaku dalam persekitaran politik Malaysia.

Wanita Muda Usah Pesimis Terhadap Pelaburan Saham & Hartanah - Mas Ermieyati Samsudin

Image
1) Apabila membaca perkongsian sebagaimana di dalam Utusan Malaysia semalam berkenaan Simposium Saham Utusan 2017, saya berasa terpanggil untuk mengajak wanita Malaysia bersama-sama melihat potensi yang ada di dalam dunia pelaburan saham. Walaupun bidang ini amat sinonim dengan golongan lelaki, usahawan muda terutamanya golongan wanita muda perlu didedahkan dengan ilmu saham bagi meningkatkan penyertaan mereka dalam bidang pelaburan saham serta hartanah.

Di Bawah Telapak Kaki Mahathir?

Image
Mahathir sudah menawan PKR. Parti yang ditubuhkan kerana membenci Mahathir oleh Wan Azizah, isteri Anwar itu kini sudah berjaya ditawan sepenuhnya oleh Mahathir. Dendam Mahathir terhadap mereka yang menggelarkannya dulu sebagai Mahafiraun dulu, kini sudah terbalas.

SOLIDARITI BUAT ETNIK ROHINGYA DEMI KEAMANAN SEJAGAT - Mas Ermieyati Samsudin

Image
1) Dunia sekali lagi dikejutkan dengan isu penganiayaan terhadap etnik Rohingya, ia bukanlah isu baru bahkan polemik ini telah lama bertali arus menerpa ke telinga kita tanpa ada pengakhirannya. Jenayah yang mereka lakukan semakin hari semakin serius dek kerana "nyawa membunuh nyawa."

Puteri UMNO Guna Tiga Elemen Penting - Mas Ermieyati Samsudin

Image
SHAH ALAM, 6 Sept (Bernama) -- Pergerakan Puteri UMNO bakal menggunakan tiga elemen, termasuk memperkasakan hak wanita dalam aspek kebajikan dan pendidikan bagi memikat pengundi wanita terutamanya golongan muda, pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Program Rasa Sayang suntik perpaduan - Mas Ermieyati Samsudin

Image
KUALA LUMPUR: Keunikan makanan Malaysia memberi impak besar terhadap ekonomi pelancongan negara, termasuk menerusi penggunaan media sosial. Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, berkata pelancongan makanan turut memanfaatkan pengusaha restoran dan kedai makan, sekali gus meningkatkan ekonomi penduduk tempatan. "Kerancakan penggunaan media sosial ketika ini membolehkan kita melihat dan menikmati pelbagai jenis makanan yang mungkin tidak pernah ditemui," katanya berucap pada majlis perasmian Program Rasa Sayang sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-60 di sini, hari ini. Program kerjasama penggerak seni tanah air, Kakiseni, dan pusat beli-belah Quill City Mall itu menampilkan 60 jenis makanan dari setiap negeri di Malaysia dalam konsep warung sebagai meraikan sambutan Hari Kebangsaan. Pengarah Urusan Quill City Mall, Datuk AR Michael Ong, berkata program berkenaan adalah inisiatif menarik meluahkan perasaan cinta dan bangga sebagai...

Tidak Boleh Bernikah di Tanah Suci - Mas Ermieyati Samsudin

Image
KEMENTERIAN Pelancongan dan Kebudayaan dalam satu kenyataan melalui YB Datuk Hajjah Mas Ermieyati Samsudin, Timbalan Menterinya menasihatkan bahawa mana-mana jemaah Malaysia yang pergi menunaikan umrah supaya tidak melangsungkan pernikahan di Tanah Suci kerana ia menjadi satu kesalahan di sisi undang-undang Arab Saudi.

Tak ada gading yang tak retak - Mas Ermieyati Samsudin

Image
SETELAH 16 tahun berlalu, Malaysia sekali lagi dipilih menjadi tuan rumah Sukan Sea 2017 Kuala Lumpur.  

Kuota wanita 10 peratus tidak cukup - Mas Ermieyati Samsudin

Image
SHAH ALAM - Kuasa wanita sama ada dalam parti politik mahupun kerajaan, perlu diperhalusi.

Wanita muda perlu diletakkan ditempat yang sepatutnya. - Haryaty Hamzah-

Image
Perjalanan wacana siang tadi mengambarkan kematangan wanita muda Malaysia berbicara soal politik & prinsip perjuangan.  Syabas kepada penganjur dalam menyediakan platform bagi membincangkan kuasa undi wanita dalam PRU 14 nanti. 

'Saya kasihan lihat Adun PKR dibuli Guan Eng' - Mas Ermieyati Samsudin

Image
SHAH ALAM – Tindakan mempersendakan wakil rakyat wanita disifatkan tidak wajar. Merujuk kepada tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang didakwa membuli Adun PKR, Dr Norlela Ariffin, Ketua Puteri Umno, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, ia tidak sepatutnya berlaku.

Kembara Srikandi Prihtain tiba di KLIA

Image

Kekuatan BN Bukan Hanya Kepada UMNO Tetapi Semua Parti Komponen – Anuar

SEKIJANG, 5 Sept – Ahli Parlimen Sekijang, Anuar Abd Manap berkata, Barisan Nasional (BN) hari ini memerlukan kekuatan bukan sahaja daripada UMNO tetapi daripada keseluruhan parti yang ada dalam BN itu sendiri bagi memastikan kemenangan besar pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) akan datang. Jelas beliau, bukan hanya UMNO yang perlu bersiap sedia tetapi parti-parti komponen dalam BN juga perlu bersama-sama untuk menanamkan keyakinan rakyat bagi memastikan bahawa BN terus menjadi pilihan pada PRU-14 nanti.

Propaganda Dap Untuk Kekalkan Undi Melayu – Salleh

Image
KUALA LUMPUR, 4 Sept – Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata pelbagai propaganda yang dikeluarkan Dap ketika ini hanyalah untuk memastikan ia tidak kehilangan undi kaum Melayu. Bendahari UMNO itu berkata sejarah pilihan raya umum (PRU) sejak 1990 membuktikan Dap hanya mampu menang banyak kerusi parlimen hasil kerjasama dengan parti-parti berteraskan Melayu khususnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas. Salleh dalam analisis pilihan rayanya berkata, Dap bagaimanapun hanya mampu menang di kawasan majoriti Cina pada PRU 1990 dan 1999, walaupun berlaku perpecahan dalam UMNO dan berpakat dengan beberapa parti Melayu lain.

Perutusan Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 - Mas Ermieyati Samsudin

Image
Menutup tirai temasya sukan paling berprestij di Asia Tenggara, Sukan Sea ke-29 Kuala Lumpur menjadi kenangan terindah buat seluruh rakyat Malaysia. Sejarah juga telah tercipta pada edisi kali ini apabila kontinjen negara bukan sahaja telah berjaya mencapai sasaran 111 Pingat emas malah telah menampilkan prestasi paling cemerlang dalam sejarah sukan negara.

Perutusan Hari Kebangsaan 2017 - Mas Ermieyati Samsudin

Image
Salam Negaraku, Sehati Sejiwa. Kemerdekaan adalah sebuah anugerah yang besar dan tidak ternilai kerana ia mengajar seseorang itu untuk berdiri di atas kaki sendiri, mendewasa dan mematangkan diri.